Saturday 25 February 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best Dan Patut Jadi Pilihan Anda

 

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Hari ini Ana nak berkongsi tentang komuniti bisnes shaklee yang sangat best. Faktor komuniti ni penting tau untuk keseronokan kita berbisnes dan masa depan kita dengan sesuatu bisnes itu. 

 

Blog, Farhana Arsad, Komuniti shaklee, Komuniti Bisnes Shaklee,

Pejam celik pejam celik tahun ke 8 Ana berada di dalam bisnes Shaklee. Walau ada bisnes lain yang Ana jalankan, Shaklee berbeza dan komuniti bisnes Shaklee sangat best ni bagi Ana takkan dapat dimana-mana bisnes lain.

 

9 SEBAB KOMUNITI BISNES SHAKLEE SANGAT BEST


 Ok. Ana share ya kenapa Komuniti Bisnes Shaklee ni sangat best hingga buat Ana terus setia dengan Shaklee ni. 


1) Adanya pengisian rohani. Bisnes Shaklee bukan lah bisnes yang hanya mengejar sales semata-mata. Untuk mendapat sales, marketing biasanya ditekankan. Tapi dalam Shaklee, marketing langit turut diutamakan. Marketing dengan Allah. Di sini, aspek pengisian rohani ditekankan.  Upline upline master mengingatkan pentingnya  mengamalkan tahajud, Dhuha, berselawat, berzikir. Program seperti selawat mahabbah pun turut diadakan bagi memupuk amalan berselawat.


Selawat, selawat mahabbah, Komuniti Bisnes Shaklee, Shaklee, Komuniti shaklee
Majlis Selawat Mahabbah

 

2) Saling mengingatkan. Semua ahli saling mengingatkan antara satu sama lain. Teringat setiap kali komisen masuk ke akaun, upline tidak lupa mengingatkan untuk berkongsi dengan ibu bapa, membayar zakat, dan bersedekah. Contoh nya bersedekah melalui tabung subuh.

Tabung subuh, Komuniti shaklee
Tabung subuh 

3) Upline yang baik dan banyak membantu. Pada pandangan Ana, upline bagi bisnes Shaklee semuanya baik baik. Semua nak lihat downline mereka berjaya. Mereka tidak lokek berkongsi ilmu, menujuk ajar apa yang mereka tahu untuk lihat downline turut sama berjaya seperti mereka. 

4) Dapat belajar dari yang pakar. Shaklee ada menyediakan kelas-kelas daripada pakar nutrisi seperti kelas Health & Wellness Talk secara fizikal dan online. Melalui kelas seperti ini, nutritionist shaklee dapat berkongsi maklumat dan info produk kepada kami agen shaklee.

Kelas Health & Wellness Talk, Health & Wellness Talk, H&W talk, bisnes shaklee
Kelas Health & Wellness Talk


Selain itu, master coordinator dari organisasi tertentu seperti Master Norita dan Master Salwa turut  mengadakan kelas bersama pakar-pakar contohnya  kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman (doktor perubatan), Dr Redza  (seorang saintis tempatan) dan yang  terbaru kelas bersama Doktor Haresh Kumar. Melalui kelas kelas ini, agen shaklee dapat menambahkan ilmu dan mengaplikasikannya semasa mengambil produk Shaklee dan memberi konsultasi kepada pelanggan.

Kelas Shaklee, Dr Hafiz Sulaiman
Kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman


 

Kelas Shaklee, Dr Redza
Kelas bersama Dr Redza

Kelas Shaklee, Dr Haresh Kumar
Kelas bersama Dr Haresh Kumar


5)  Saling support. Walau berada dalam organisasi bisnes berbeza,semuanya saling support antara satu sama lain. Contohnya dalam projek blog semua saling membantu agar dapat sama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan. Hasilnya 2 entry Intermittent fasting dan set kurus Shaklee dapat Ana hasilkan. Dalam team Ana pula, upline sideline jugak selalu berkongsi ilmu melalui kelas online secara percuma je.

 

Kelas Shaklee, bisnes Shaklee, Komuniti Shaklee, bisnes shaklee
Antara kelas yang dianjurkan oleh LAT family (team super upline Ana).

6)  HQ iaitu pihak Shaklee Malaysia turut  menyokong dengan menyediakan sistem yang menyokong semua agen. Malah, menyediakan web mesra pengguna yang memudahkan  capaian info produk serta mudah proses order sesuatu produk di website. 


www.shakleetoday.my, website Shaklee, Shaklee today, Shaklee, bisnes shaklee
Website www.shakleetoday.my yang memberi info produk.


 

7)  Ukhwah lah yang paling best. Ukhwah sesama kami terasa akrab seperti keluarga. Walaupun berlainan susur galur organisasi, kami semua seperti keluarga. Alhamdulillah.

Ukhwah, family, keluarga, love
Ukhwah antara kami terasa bagai keluarga.



8)  Circle orang-orang yang positif. Di dalam komuniti Shaklee adanya orang-orang yang saling menyokong dan membantu satu sama lain. Semuanya positif untuk bangkit bersama-sama dan berjaya bersama dalam Shaklee. 

 

Support, sokongan, family, team, Komuniti
Semua saling menyokong antara satu sama lain.


9)  Bisnes Shaklee membantu lebih ramai orang terutama dari segi kesihatan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Walau sekadar  tips atau konsultasi produk, ia sangatlah memberi impak kepada kesihatan dan kehidupan seseorang.

Tangan memberi, tangan menerima, membantu
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.


Bagi Ana, Komuniti Bisnes Shaklee sangat best. Moga Ana terus setia dan berjaya dengan Shaklee. Aamiin. Doakan ana ya.🤲

Semoga perkongsian Ana ini dapat membuka minda anda berkenaan komuniti Shaklee. Terima kasih kerana membaca 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best Dan Patut Jadi Pilihan Anda.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

 #shakleetriumph2023


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047