Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat
semua. Moga anda semua sihat sahaja hendaknya.
Hari ni ana nak berkongsi kisah berkenaan
Blog Mega Shaklee yang Ana sertai pada awal bulan Februari 2023. Ia bermula
bila Ana terlihat super super upline Ana dalam Shaklee, Master Norita membuat
posting berkenaan projek blog di Group WhatsApp Shaklee Terengganu dan mempelawa
ahli group untuk turut serta.
Projek Blog Mega Shaklee Euphoria |
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk
mencipta semula wave dalam Shaklee. Wave shklee melalui carian google lebih
cepat dapat dicapai apabila dibuat beramai-ramai. Dan yang paling best, hadiah
yang ditawarkan untuk pemenang dn peserta pun cukup lumayan iaitu Vivix Shaklee
produk premium, Collagen powder Shaklee dan Nutriferon Shaklee. Semuanya
bernilai ratusan ringgit.
Hadiah berupa Vivix Shaklee, Collagen powder Shaklee dan Nutriferon Shaklee |
Fikir punya fikir, Ana rasa penyertaan
dalam projek ini sangat baik untuk Ana. Ana dah lama berniat untuk aktif semula
menulis blog. Cuma selalu ada sahaja kekangan yang menghalang ana untuk menulis
di blog. Alasan kan. Adeiiii.
Ok. Ana pun daftar. Seramai 220 peserta
yang turut serta dalam projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni. Ramai sangat kan? Berdebar ada. Rasa kerdil pun
ada. Macam macam rasa ada. Bercampur baur. Semua peserta hebat hebat belaka. Ada
yang dah jadi leader Shaklee, ada juga yang dah tahap tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Walau masih
SID, ana redah saja join projek ni berbekalkan semangat juang yang tinggi.
Cewahhh.
REVIEW & FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0
Macam ana katakan sebelum ni, memang niat
asal masuk projek ni sebab nak aktif semula berblog. Nak ikutkan kali terakhir
menulis di blog ni pada tahun 2019. Sekarang dah 2023. Memang dah naik
bersawang sangat dah blog. Alhamdulillah bila join projek blogmegashaklee 1.0 ni,
dapat lah kemas kemas blog bagi cantik, buang sawang sawang.
Hasil
dari join projek ni, ana berjaya hasilkan dua entri iaitu
Bila join projek blogmegashaklee 1.0 jugak,
Ana lebih bersemangat untuk buat artikel blog.
Semangat lain macam sangat tau bila kita buat beramai ramai. Berbeza
sangat dengan kalau kita buat sorang sorang. Kalau sorang sorang, semangat
sekejap turun sekejap naik dah macam naik roller coster kat fun fair masa kecik
kecik dulu. Bila ramai-ramai, kita rasa nak cepat siapkan task.
Semangat turun naik macam roller coaster ni |
Lagi satu, bila join projek blogmegashaklee
1.0 ni jadi sangat produktif siapkan entry blog. Mula cari idea pagi, tengahari
dah boleh siap 1 entry. Cepat je dapat idea bila blog walking dengan tengok
entry kawan kawan yang turut serta projek ni. Kalau buat sendiri, seminggu tu
baru siap 1 entry. Jenuhhhh. Huhu
Dengan projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni jugak
Ana dapat ramai kenalan baru. Kalau sebelum ni kita lebih kenal upline sideline
downline organisasi kita. Kalau di luar organisasi kita mungkin kita hanya
kenal nama sahaja. Alhamdulillah di projek ini kami lebih kenal mengenali.
Yang paling best sokongan yang berterusan.
Sparring partner, upline, moderator projek Blog Mega Shaklee ni banyak membantu
dalam projek ni. Semua saling membantu untuk kami semua peserta peserta berjaya
hantar tugasan. Best sangat.
Oh ya. Ana juga berjaya mendapat hadiah utama
kedua iaitu Collagen Powder Shaklee. Alhamdulillah. Moga lebih berseri-serilah
kulit Ana lepas ni. Aamiin. Upline master Ana, Master Kam Maria dan sideline Kak
Sakinah berjaya mendapat vivix. Master Afni pula mendapat kolagen seperti ana.
Ana antara pemenang Collagen Powder Shaklee |
Inilah Collagen Powder Shaklee yang Ana menang. Banyak manfaatnya kan. |
Terima kasih tak terhingga kepada Master
Norita selaku penaja utama projek BlogaMega Shaklee 1.0 ni yang sudi menaja
semua hadiah.
KENAPA NAK LAGI #BLOGMEGASHAKLEE 2.0?
Projek Blog Mega Shaklee 2.0 |
InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan ada pula sambungan dari projek blogmegashaklee 1.0 iaitu Blog Mega Shaklee 2.0. Bagi Ana projek blog ni sangat baik kerana dapat melatih kami para peserta untuk mula menulis dengan konsisten. Projek ini jugak dapat menjadi perintis kepada wave Shaklee seperti tujuan asal projek ini dijalankan.
Blog yang menjadi kedai online 24 jam sehari. |
Diharapkan dengan penyertaan Ana dalam
projek ini, Ana lebih istiqamah untuk menulis
blog. Semoga blog Farhana Arsad ini berjaya menjadi kedai online yang
dapat membantu ana mendapatkan sales dan membina bisnes shaklee. Semoga blog
ini menjadi platform ana berkongsi ilmu bermanfaat serta
menjadi ladang pahala yang berterusan. Aamin. Doakan ana ya.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment