Thursday, 30 March 2023

7 Idea Menu Sahur Sihat Mudah Untuk Kekal Cergas Bertenaga

Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita berpuasa kan. Macam mana puasa anda? Ana harap anda semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan lancar.



Hari ni Ana nak share pasal idea menu sahur sihat memandangkan kita pun ada lagi 3 minggu di bulan puasa. Moga dengan perkongsian ana ini dapat memudahkan anda menyediakan menu sahur.


SAHUR


Tentu anda semua tahu kan yang amalan bersahur penting bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu kita berpuasa. Amalan bersahur semasa berpuasa adalah penting sehinggakan sangat dituntut dalam Islam seperti di dalam hadis di bawah. 




MENU SAHUR SIHAT

 

Makanan yang kita ambil semasa sahur amat penting ya. Menu sahur yang kita ambil perlu memenuhi keperluan tenaga seharian sepanjang kita berpuasa. Barulah kita cergas bertenaga tak lesu.

Sejak ana kecil, menu sahur kebiasaan keluarga ana adalah nasi putih, lauk sayur dan lauk bersumber protein seperti ayam, ikan atau telur. 

Tahukah anda, menu sahur sihat adalah seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein. Anda boleh mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat.

Dengan pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat bantu anda kurangkan rasa lapar. Penambahan protein seperti ayam, daging, telur dan ikan pula bantu anda kenyang lebih lama.

Telur salah satu sumber protein.

Selain itu, pengambilan air juga perlu mencukupi sepanjang dari berbuka hingga sahur. Air yang cukup dapat mengelakkan kita dari dehidrasi semasa berpuasa.

Sebenarnya, pengambilan menu sahur sihat juga dapat membantu kita berpuasa dengan mudah tanpa gangguan masalah seperti lesu, mengantuk, cepat lapar dan juga masalah kesihatan seperti sembelit, pedih perut, makanan tak hadam dan sebagainya.



IDEA MENU SAHUR SIHAT


Disini ada 7 idea menu sahur sihat yang anda boleh cuba. Inshaa Allah 

dengan idea menu sahur yang sihat ini, anda dapat berpuasa dengan sihat, cergas bertenaga. Dan dapatlah memanfaat sepenuhnya kedatangan Ramadhan ini dengan melakukan amalan amalan yang memperbanyakkan pahala. 


1) Idea Menu Sahur sihat: Bubur oat

Bubur oat.

Bubur oat sangat sesuai untuk anda yang berpuasa kerana oat mempunyai khasiat yang menjadikan anda bertenaga sepanjang hari. Anda boleh tambah protein seperti ayam, daging, telur atau ikan bilis bagi melengkapkan keperluan protein dan sayur sebagai serat.



 2) Idea Menu Sahur sihat: Overnight oat

Overnight Oats.

Overnight oats adalah menu sahur sihat yang mudah dibuat. Anda hanya perlu campur oat, susu atau yogurt, buah-buahan seperti pisang, blueberry, strawberry dan bijiran seperti kacang, chia seeds.



3) Idea Menu Sahur sihat: Nasi, sayur dan protein.

Nasi dan lauk.

Gabungan nasi, sayur dan protein menjadi menu kebanyakan kita. Menu sahur ini memberikan tenaga yang cukup selama berpuasa karena mengandung protein dan karbohidrat dan serat yang seimbang.



4)  Idea Menu Sahur sihat: Sandwich telur 

Sandwich telur.


Anda hanya perlu merebus telur, meletakkan telur di roti bersama sayur seperti salad, tomato. Boleh juga tambah mayonis sebagai penambah rasa.


5) Idea Menu Sahur sihat: Omelette dengan sayur

Omelette dengan sayur.

Telur mempunyai kandungan protein tinggi yang boleh membantu menahan lapar. Resepi ini juga sangat menyihatkan kerana boleh ditambahkan serat seperti kacang pis, lobak merah dan kubis. 



6) Idea Menu Sahur sihat: Salad

Salad ayam.

Salad juga boleh menjadi menu sahur sihat yang praktikal. Anda boleh tambah kentang kepada salad sebagai sumber karbohidrat. Timun dan tomato juga boleh ditambah.

Anda juga boleh mendapatkan protein dari daging, ayam, tuna, keju atau telur. Mintak zaitun dan mayonis boleh juga ditambah sebagai sumber lemak.



7) Idea Menu Sahur sihat: Smoothie

Smoothie rashberry.

Anda hanya perlu mencampurkan susur Segar,oat, buah buahan pilihan dan kisar. Selepas itu, anda boleh menikmati menu sahur sihat ini.



SET PUASA SHAKLEE


Untuk idea menu sahur sihat yang paling mudah, saya cadangkan anda boleh mencuba Set Puasa Shaklee. 


Set puasa shaklee ini ada cinch Shake yang berperanan sebagai meal replacement, protein yang Bantu kenyang lebih lama. Ada ESP kaya serat dan protein. Serta Cinch tea yang bantu anda segar sepanjang hari.




Semoga idea menu sahur sihat yang saya kongsikan dapat bantu anda semasa bersahur. Selamat mencuba.


Nak set puasa Shaklee, meh ketuk pintu wasap Ana.



#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047