Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Hari ni ana nak kongsikan Doa Yang Bagus Untuk Wanita sebagai amalan dan rutin seharian.
Tahulah anda, doa adalah senjata orang mukmin. Orang mukmin boleh minta apa sahaja ketika berdoa.
Antara salah satu doa yang mustajab tidak kira lelaki ataupun perempuan adalah dalam kalangan orang yang dianayai, dizalimi, tidak diberikan nafkah dan sebagainya.
Hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda, “Hendaklah seseorang muslim memanjatkan doa kepada Allah selama mana tidak ada pada doa tersebut dosa dan memutuskan silaturahim antara kerabat melainkan Allah akan memberikan kepadanya 3 perkara. Pertama, Allah segera makbulkan doanya, Allah simpan doanya untuk dimakbulkan di akhirat dan Allah gantikan pula dengan sesuatu yang lebih baik.
Antara 4 doa yang bagus diamalkan dan saya juga sering amalkan di dalam kehidupan seharian ini.
Doa Untuk Amalan Wanita Selepas Subuh
Ini adalah doa yang baik untuk dibaca. Pagi-pagi, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan segala yang baik pada hari tu. Rutinkanlah untuk kita selalu bacakan doa ini selepas solat Subuh. Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita di sepanjang hari.
Doa Nabi Yunus dalam mulut ikan Nun
Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.
Disebabkan doa zikir Nabi Yunus ini, Allah SWT telah menyelamatkannya dan akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan nun yang menelannya itu.
Bukan hanya sebagai doa untuk memohon ampunan dan taubat, doa Nabi Yunus yang dibaca di dalam perut ikan mempunyai keutamaan sebagai doa mohon wafat dalam keadaan syahid, doa dimakbulkan hajat, mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar.
Doa ini elok diamalkan apabila ibu ibu ada masalah besar atau kecil, ditimpa musibah, berada dalam kesedihan.
Doa Mohon Dapat Keluarga Yang Baik
Keluarga adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Allah telah memberikan perintah kepada umat Muslim untuk menjaga dirinya dan keluarganya agar terhindar dari api neraka.
Doa-doa ini boleh diamalkan setiap hari secara istiqamah. Insyaallah, Allah akan mengabulkan dan menjadikan keluarga Muslim selalu bahagia dan selamat di dunia maupun di akhirat kelak.
Doa Agar Dicukupkan Keperluan Dunia Dan Akhirat
kita kena selalu memohon kepada Allah agar dicukupkan segala keperluan dunia dan akhirat kita. Kita tak mampu sekiranya bergantung pada kudrat diri kita. Inshaa Allah rezeki untuk kita sentiasa cukup.
Diharapkan perkongsian ana ini dapat membantu anda yang sedang mencari doa harian sebagai amalan. Moga dipermudahkan untuk anda.
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment