Tuesday, 20 June 2023

5 Amalan Gaya Hidup Sihat

 

Assalamualaikum semua. Didoakan anda sihat dan ceria selalu. 

Sejak suami memulakan bisnes minggu lepas ana dah mula super busy. Ana jugalah yang mula menggalas tanggungjawab mengambil akak (anak sulung) balik sekolah yang sebelum ni tugas suami. Doakan urusan ana dipermudahkan ya anda semua.




Sebenarnya hari ni ana nak share dengan anda tentang Amalan Gaya Hidup Sihat yang merupakan task projek blog ana. Anda biasa dengar? Kalau anda perasan amalan gaya hidup sihat ni selalu dah jadi tajuk penulisan karangan kita masa sekolah dulu.



Apa Itu Amalan Gaya Hidup Sihat?


Menurut kamus Dewan, gaya hidup ialah cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan. Amalan Gaya Hidup Sihat pula membawa maksud cara hidup yang sangat mengutamakan kesihatan.


 "Amalan Gaya Hidup Sihat" juga merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara kita. 



Pentingnya Amalan Gaya Hidup Sihat


Menurut hmetro.com.my, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, serangan jantung mengejut yang berlaku ke atas golongan muda berusia lingkungan 40-an dan ke bawah kebelakangan ini adalah berkait amalan gaya hidup tidak sihat. Gaya hidup tidak sihat jugak menyebabkan ramai mengidap penyakit 3 serangkai iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Penyakit 3 serangkai ni memang menjadi antara pembunuh nombor satu rakyat negara ini. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut.



Jadi untuk elakkan kita dapat penyakit 3 serangkai ni, Kita kenalah mulakan amalan gaya hidup sihat. Macam mana? Ajom ana share 5 amalan gaya hidup sihat 



5 amalan gaya hidup sihat


1. Minum air secukupnya


Anda kena banyak minum air masak. Cukupkan pengambilan air bermula banging tidur hinggalah waktu sebelum tidur. Untuk 25kg berat badan, anda kena ambil 1 liter air. Jadi, kalau berat anda 75 kg, anda kena ambil 3 liter air. Kenapa kena ambil air banyak? Air ni berfungsi untuk membuang toksin dalam badan.




2. Bersenam


Untuk gaya hidup sihat, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi 3 kali seminggu. Kalau kita tersangat kurang rajin bersenam, kita boleh amalkan aktiviti beriadah untuk mengeluarkan peluh seperti bermain bola dengan anak-anak.




3. Makan makanan seimbang


Berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita digalakkan untuk memakan hidangan yang tinggi kandungan karbohirat, syaur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Manakala makanan protein daripada ikan, ayam, daging serta produk tenusu pula diambil kadar sederhana. Makanan yang terandung lemak, minyak, gula dan garam yang tinggi dikurangkan.



Nak paling mudah adalah dengan cara pengambilan makanan secara suku suku separuh. Senang untuk kita ukur kuantiti nasi, protein, sayur dan buah.


4. Tidur berkualiti secukupnya


Tidur ni adalah masa berehat lepas sehari kerja. Setuju? Tapi ramai yang tak ambik berat waktu tidur. Sebenarnya tidur sebelum pukul 12 lebih berkualiti tau. Sejam ibarat 2 jam waktu tidur. Tak caya? Cubalah dulu.



Ni 7 kebaikan tidur lebih awal:

  • Berat badan yang seimbang
  • Kurangkan risiko kanserK
  • Kuatkan daya ingatan
  • Jantung lebih sihat
  • Lebih produktif sepanjang hari. Badan lebih fresh dan bertenaga (kerana anggota dalaman melalui proses detox semasa tidur) 
  • Mudah bangun tahajud
  • Awet muda!


5. Bijak mengawal stress dan berfikiran positif


Gaya hidup sihat bukan sahaja pada fizikal, tetapi juga mental dan emosi. Setiap hari kita ni ada fasa yang kita akan down, putus asa, stress dengan anak-anak, stress dengan kerja, overwhelmed dan sebagainya. Ya stress perlu untuk improve kerja dan kehidupan kita. Namun stress yang keterlaluan berbahaya dan boleh memberi kesan penyakit mental.



Kalau anda nak tahu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih 450 juta individu di seluruh dunia mengalami masalah penyakit mental sepanjang kehidupan mereka. Ramai kan? Anda boleh gunakan Kata-kata Motivasi ni untuk menaikkan semangat bagi elak stress dan terus berfikiran positif.



Diharapkan perkongsian ana ini dapat membantu anda untuk amalkan gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047