Saturday, 3 June 2023

Vita-Lize Multivitamin Shaklee Berwajah Baru


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Anda semua sihat? Ana doakan anda ceria berbahagia di samping keluarga tercinta.


Cuti sekolah dah nak berakhir, tentu ibu ibu busy buat persiapan anak-anak kembali ke sekolah kan? Anak ana pun dah mula bersekolah esok.


Cerita pasal anak, teringat ana masa di hujung-hujung trimester 3, ana selalu mengalami hb low. Kesannya cepat penat bila kandungan semakin besar. Lagi-lagi nak uruskan aktiviti seharian dan anak-anak lain pulak. Bila ada masalah hb low, memang ana akan up kan dose Vita-Lize (Multivitamin Shaklee) ana.

 






Mikronutrien Vitamin dan Mineral


Kalau anda nak tahu, semua orang dewasa disarankan mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Makan seharian Kita tidak dapat menampung keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan kita. Lagi lagi bila mengandung, badan kita perlu extra vitamin dan mineral untuk bayi yang kita kandungkan.




Kebaikan Mengambil Multivitamin 


Apabila kita mengambil multivitamin setiap hari, kita dapat:

  • Mengisi jurang nutrisi
  • Menambah baik mood
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Mengurangkan  tekanan dan kebimbangan


Kesan Kekurangan Mikronutrien


Apabila kita kekurangan vitamin mineral dalam badan, kita akan alami pelbagai gejala seperti:

  • Jari kebas
  • Denyutan jantung tidak normal (disebabkan kekurangan kalsium)
  • Masalah tulang
  • Perubahan mood (disebabkan kekurangan vitamin D)
  • Risiko kecacatan kehamilan
  • Cirit-birit
  • Sakit perut (disebabkan kekurangan folat)
  • Lesu
  • Sesak nafas
  • Sejuk pada tangan & kaki
  • Kuku rapuh (disebabkan kekurangan zat besi)


Dalam Shaklee kita ada multivitamin, Vitalize. Vitalize nilah sebenarnya yang ana nak share dengan anda hari ni. Vita-lize multivitamin Shaklee yang berwajah baru. Sebelum tu, ana kongsi sikit pasal multivitamin ni dan asal usulnya ya.



Asal Usul Multivitamin Shaklee


Nama asal Vitalize ni Vitalized Mineral. Ia dicipta pada tahun 1915 oleh Dr. Forrest C. Shaklee ketika berusia 21 tahun. Vitalize ni adalah vitamin pertama dicipta Dr Forest C Shaklee. Kiranya multivitamin Shaklee ni vitamin yang paling tua sebab  vitamin yang pertama didunia. Dahsyat kan? Huhu



Sejak dari itu, Shaklee tidak berhenti menjalankan penambahbaikan ke atas Multivitamin ini. Oh ya. Untuk pengetahuan anda, perkataan Vitamin yang digunakan hari ini adalah berasal dari gabungan vitamin pertama shaklee iaitu Vitalized Mineral dan dipendekkan menjadi VITA-MIN. 




Pada tahun 2023 ini, Vita-Lea telah di upgrade kepada NEW IMPROVED FORMULA Multivitamin Shaklee dan ditukarkan nama kepada Vita-Lize. 




Vita-Lize



  • Nutrisi Penting untuk Kesihatan Optimum
  • Setiap hidangan membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting.
  • 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B.
  • Sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Perbandingan Vita-Lea dengan Vita-Lize

Ini adalah perbandingan antara Vita-Lea dan Vita-Lize:



Golongan Perlu Vita-Lize

Ini adalah golongan yang memerlukan vitalea.




Dengan gaya hidup kita yang makin sibuk tapi tanggungjawab semakin banyak, ana sarankan anda ambil Vita-Lize ni untuk lebih sihat cergas. Nak lagi untung, jadi ahli shaklee dan anda dapat jimat banyak. Anda boleh baca di Renewal Shaklee.


JIka anda berminat dengan Shaklee atau nak mula bisnes dengan Shaklee, boleh hubungi ana di 0179376047.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047