Monday 5 June 2023

Testimoni : Set Bersalin Menyusu Bantu Ana Turun Berat Cepat Lepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera.


Lagi beberapa hari anak ketiga ana akan berumur 10 bulan. Alhamdulillah buat masa ni susu masih banyak dan melimpah ruah untuk adik (panggilan untuk anak ketiga ini). Ana memang BF sepenuhnya ketiga-tiga anak sehingga 2 tahun lebih.


Testimoni Ana


Ana mengambil vitamin Shaklee set Hamil semasa mengandung dan meneruskan pengambilan vitamin Shaklee semasa berpantang dan menyusu dengan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah, susu melimpah ruah cukup untuk anak. 




Ana dan anak jarang sakit dan demam. Luka jahitan pun cepat baik walau anak pertama ana visectomy. Anak kedua dan ketiga koyakan biasa. Syukurlah anak mendapat keperluan vitamin melalui susu ibu. Anak jadi sihat dan kuat. Macam iklan Milo pula ya. Haha.


Alhamdulillah jugak anak pun lebih bijak dan perkembangan baby positif walaupun ana ada pembawa GBS positif. GBS positif adalah jangkitan bacteria streptococcus di saluran peranakan yang boleh memberi jangkitan kepada anak semasa dilahirkan. Ana pulak bersalin normal. Ini menyebabkan kesemua anak ditahan di hospital 5 ke 7 hari untuk on antibiotik. Lepas keluar hospital, mereka baik baik sahaja. Syukurlah. 


Sumber: sciencedirect.com


Testimoni Ana Turun Berat


Yang paling best sepanjang ambil set berpantang menyusu sepenuhnya ni, berat ana turun 22kg dari 77kg ke 55kg dalam masa 6 bulan lepas bersalin anak pertama. Memang slim habis masa tu. Kalah berat masa jadi pengantin (berat masa nikah 60kg). Masa anak kedua ana lupa. 😆


Anak ketiga ni pulak ana dah berjaya turun 24 kg dari 84kg dalam tempoh 9 bulan. Berat sangat dah ana tu masa nak bersalin. Baby pun besar 4.1 kg. Berat Ana lama terhenti dekat 67 kg. Adeiii. Seb baliklah lepas tu turun. Huhu.


Hari tu raya ramai yang tegur slim. Kembang oiii. Siap ada tanya "Kurus kurus ni sakit ke?" Yang lebih seram ada tanya "Kurus sangat ni kenapa? Mengandung ke?" 😂 Anak ana kecik lagi. Huhu Buat masa ni kami plan besarkan dulu anak anak ni.😁


Apa yang ana perasan best sangat bila slim lepas bersalin ni. Aktif je. Nak nak bila baby aktif nak mula dapat kaki. Ya ampun, penatttt. Anak bertama 10 bulan 21 hari pandai jalan, anak kedua pulak 10 bulan setengah. Yang ketiga ni dah mula memapah. Bagi ana penting sangat kita kurus slim lepas bersalin. Senang nak kejar anak ya. 😂


Ok itu testimoni Set Bersalin Menyusu Ana. Sekarang ana share pulak manfaat dan fungsi Set Bersalin Menyusu agar boleh bantu anda yang tengah mencari cari set ini.



Set Bersalin Menyusu


Ini Set Bersalin Menyusu Shaklee.





Manfaat Set Bersalin Menyusu




1) ALFALFA

Selain menjadi penggalak susu semula jadi yang hebat, alfalfa juga menawarkan pelbagai manfaat seperti:

Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat.

Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.

Seratnya membantu mengawalatur pembuangan air besar, selepas bersalin.


2) PROTEIN

Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda. Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Protein membantu untuk:

Memberikan tenaga berpanjangan.

Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.


3) KALSIUM

Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk: Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan

mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak. Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.


4) ASID LEMAK OMEGA-3

Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:

Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.

Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.


5) VITAMIN C

Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk: Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.5

Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi.


6) VITAMIN B

Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, maka amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk: • Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.

• Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.

Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.


7) MULTIVITAMIN + ZAT BESI

Anda memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:

Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.



Testimoni Lain Set Bersalin Menyusu


Ini testimoni yang telah mendapat kesan positif dari Set Bersalin Menyusu Shaklee.




JIka anda berminat dengan Set Bersalin Menyusu Shaklee atau nak mula bisnes dengan Shaklee, boleh hubungi ana di 0179376047.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047