Friday 9 June 2023

Testimoni Shaklee Saya: Set Hamil Menyusu Bantu Jadi Ibu Sihat Dan Aktif


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Anda sihat? Ana doakan anda semua sihat sejahtera.


Esok anak ketiga ana akan berumur 10 bulan. Cepat naw masa berlalu. Alhamdulillah adik (panggilan untuk anak ketiga ini) masih menyusu sepenuhnya. Ana memang BF sepenuhnya kedua-dua anak sebelum ni sehingga 2 tahun lebih. 





Ayat Al-Quran di bawahlah yang telah MEMBERI MOTIVASI KEPADA ANA untuk menyusukan anak-anak dengan susu badan selama 2 tahun.


"Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu”  

– Surah Al-Baqarah, Ayat 233


Teringat pulak kali pertama jadi Ibu dulu. Jadi Ibu ni satu anugerah kan. Bukan semua orang dapat menjadi seorang ibu. Syukurlah kita Allah pilih. Inshaa Allah ana akan galas amanah yang Allah bagi ini. 💪


Perlunya Ibu Sihat, Aktif.


Berbalik cerita pada adik. Adik pun tengah memapah. Aktif sungguh lah. Merangkak ke sana, merangkak ke sini. Baru ni jalan jatuh selangkah dua. Adeiii. Syukurlah ana pun sihat dan aktif jugak. Senanglah nak mengejar anak kecil yang aktif. Tu belum campur urus kakak (anak pertama) dan abang (anak kedua).


Adik

Kakak dan abang yang jugak aktif.


Ya Allah tak dapat bayanglah kalau ana sentiasa letih lesu, mesti penat dan malas je nak ngejor anak tu. Sebab tu lah penting jadi ibu yang sihat dan aktif ya. Lagi-lagi kalau anak-anak tak sihat, demam, kita ibu ibu nilah yang perlu jaga mereka sampai mereka sihat. Kalau kita sendiri pun tak sihat, macam mana kita nak jaga mereka?


Keperluan Vitamin Untuk Ibu Sihat Aktif


Anda mungkin dah biasa dengar, untuk jadi Ibu yang sihat dan aktif, kita perlu bersenam atau buat aktiviti mengeluarkan peluh dan makan makanan yang berkhasiat. Tapiii, anda tahu tak yang makanan seharian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan kita. Mampu ke kita makan sebanyak-banyak macam gambar kat bawah untuk dapatkan keperluan vitamin dan mineral untuk badan kita?


Keperluan vitamin dan mineral badan kita dalam sehari



Keperluan makan tambahan atau vitamin/suplemen


Lagi lagi bila mengandung, badan kita perlu extra vitamin dan mineral untuk bayi yang kita kandungkan. Lepas bersalin pula, anak mendapat vitamin melalui susu ibu. Pengambilan vitamin dapat bantu ibu bagi susu yang berkualiti untuk anak di samping kebaikan untuk ibu sendiri. Sebab tulah kita ibu-ibu perlu ambil vitamin.

Macam ana, ana ambil vitamin Shaklee set Hamil semasa mengandung dan meneruskan pengambilan vitamin Shaklee semasa berpantang dan menyusu dengan Set Menyusu Shaklee. Lagi pun, set menyusu cuma ada pertambahan Alfalfa bagi set menyusu. Alhamdulillah, susu melimpah ruah cukup untuk anak. 

Jadi hari ni ana nak kongsi dengan anda Testimoni Shaklee ana yang bantu Ana jadi Ibu yang sihat dan aktif. Moga bermanfaat untuk anda.


Testimoni Shaklee Saya

Ada 4 testimoni Set Hamil Menyusu yang berkesan kat ana yang ana nak share dengan anda. Meh baca kat bawah.😁


1. Cergas Dan Aktif Semasa Hamil


Sebelum

Semasa mengandung, memang ana rasa set Hamil sangat membantu ana. Sebelum ambil set hamil, selalu lapar dan tak bertenaga. Morning sickness teruk masa tu. Makan apa apa pun, lepas tu muntah. Dan yang ana perasan, bila makin sarat, badan mudah lenguh dan sakit sakit pinggang serta tak boleh berdiri lama kalau kalsium tak cukup. 

Dan teringat masa tu ada masa stok ESP takda ketika berpuasa, memang tak sahur ESP lah ceritanya. Tengahari je dah lapar. Perut krup krap krup krap perut berbunyi. Letihnya ya ampun. Memang baring melepek (keadaan terlalu letih) atas katil. Lepastu baby pulak mulalah kurang gerak. Dah terpaksalah ana berbuka puasa untuk kebaikan baby. Sobsss.


Selepas

Lepas ambil set hamil, lenguh-lenguh tiada, lawas, aktif. Paling membantu ana berpuasa masa sarat hamil ketika mengandung adalah ESP . Kenyang lebih lama dan tenaga berpanjangan. Hb cantik jugak masa mengandung, jarang demam dan Alhamdulillah ana dapat aktif urus family.😊


Sarat Hamil tunggu hari pun masih bertenaga nak panjat tebing untuk liang masa dengan keluarga.


Anda tahu kan pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil perlu untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi. Jadi selain ESP yang dapat beri tenaga, ana jugak ambil vitamin lain termasuk  folic acid.


Manfaat ESP



2. Osteonutrix Bantu kurangkan Sakit Contraction Bersalin


Sebelum

Masa bersalin anak pertama, ana terpaksa menghadap sakit contraction dari tengahari hingga ke malam bersalin. Sakitnya yang pernah alami je yang tahu. Rasa macam nak mintak dibedah je sebab tak tahan menanggung sakitnya itu. Sedihnya, masa tu ana tak tahu lagi kelebihan Osteonutrix untuk hilangkan contraction.

Selepas

Masa bersalin anak kedua ana telah di induce (kaedah mempercepatkan kelahiran). Hari selasa masa tu. Sakit ya ampun padahal baru je 2c bukaan. Sobsss. Teringat ada upline master share tentang Osteonutrix kurangkan contraction. Apalagi, ana pun ambil 6 biji. Alhamdulillah. Terus beransur-ansur hilang sakit contraction tu. 


Ni masa kat wad tengah layan contraction.


Dan bila ada kekosongan Labour room masa tu, misi minta ana berjalan sahaja ke Labour room. Sebab katanya ana nampak macam tak sakit langsung padahal dah 5 cm masa tu. Alhamdulillah Allah mudahkan. Asbab ambil Osteonutrix sebelum ke LR, masa induce drip pun tak sakit sangat macam masa bersalin anak pertama dulu. Ni boleh berbual-bual dengan misi sementara nak tunggu saat boleh push.😁



Jadi bila mengandung anak ketiga dan dah mula sakit contraction yang teruk, ana pun ambil Osteonutrix jugak. Cuma anak ketiga nak cepat keluar. Masuk LR 5 minit je, dah bersalin. Suami pun tak sempat masuk LR. Inshaa Allah lepas ni memang akan terus ambil Osteonutrix bila contraction bersalin.


3. Ibu Dan Anak Sihat Cergas Lepas Bersalin


Sebelum

Tanpa  set menyusu lepas bersalin, yang ana perasan, badan mula lenguh-lenguh terutamanya dan penat. Yela kita menyusu bayi dan nak urus anak kecil kan. Sangat meletihkan. Lagi-lagi tidur pun tak menentu.


Selepas

Asbab ana ambil set menyusu ana dan anak jarang sakit dan demam. Luka jahitan pun cepat baik walau anak pertama ana visectomy. Anak kedua dan ketiga koyakan biasa. Syukurlah anak mendapat keperluan vitamin melalui susu ibu. Susu melimpah ruah asbab ambil set menyusu. Anak jadi sihat dan kuat. Macam iklan Milo pula ya. Haha.

Alhamdulillah jugak anak pun lebih bijak dan perkembangan baby positif walaupun ana ada pembawa GBS positif. GBS positif adalah jangkitan bacteria spectrococus di saluran peranakan. Ana pulak bersalin normal. Ini menyebabkan kesemua anak ditahan di hospital 5 ke 7 hari untuk on antibiotik. Lepas keluar hospital, mereka baik baik sahaja. Jarang demam. Syukurlah.


GBS positif


4. Turun Berat Badan Cepat

Sebelum

Semasa mengandung berat ana memang naik banyak sangat. Kalau berpantang biasanya berat akan turun jugak cuma mungkin tak banyak atau turun perlahan.


Selepas

Apa yang paling best sepanjang ambil set berpantang menyusu sepenuhnya ni, berat ana turun 22kg dari 77kg ke 55kg dalam masa 6 bulan lepas bersalin anak pertama. Kurus Dengan Cepat. Memang slim habis masa tu. Kalah berat masa jadi pengantin (berat masa nikah 60kg). Masa anak kedua ana lupa. 😆

Anak ketiga ni pulak ana dah berjaya turun 24 kg dari 84kg dalam tempoh 8 bulan. Berat sangat dah ana tu masa nak bersalin. Baby pun besar 4.1 kg. Berat Ana lama terhenti dekat 67 kg. Adeiii. Seb baiklah lepas tu turun. Huhu.


Berat 84 kg masa ni. Ramai kata pregnant kembar sebab perut besar.

Baby 4.1 kg.


Hari tu raya ramai yang tegur slim. Kembang oiii. Siap ada tanya "Kurus kurus ni sakit ke?" Yang lebih seram ada tanya "Kurus sangat ni kenapa? Mengandung ke?" 😂 Anak ana kecik lagi. Huhu Buat masa ni kami plan besarkan dulu anak anak ni.😁

Dah kurus dah Raya tahun ni. Yeahhh. Masa ni baby 9 bulan.


Apa yang ana perasan best sangat bila slim lepas bersalin ni. Aktif je. Nak nak bila baby aktif nak mula dapat kaki. Ya ampun, penatttt. Anak bertama 10 bulan 21 hari pandai jalan, anak kedua pulak 10 bulan setengah. Yang ketiga ni dah mula memapah. Bagi ana penting sangat kita kurus slim lepas bersalin. Senang nak kejar anak ya. 😂


Ok itu testimoni Set Hamil Menyusu Ana. Sekarang ana share pulak manfaat dan fungsi Set Hamil Menyusu agar boleh bantu anda yang tengah mencari cari set ini.



Set Hamil Menyusu


Ini Set Hamil Menyusu Shaklee. Cuma set Hamil tiada alfalfa dan set menyusu ada alfalfa. Bagi ana set Hamil dan Menyusu dah jadi macam satu set dah yang jadi keperluan ibu-ibu.


Set Hamil Menyusu



Manfaat Set Hamil Menyusu

Ini manfaat dan fungsi Set Hamil menyusu. Sangat elok anda yang ambil set Hamil, tambahkan alfalfa untuk diambil semasa lepas bersalin.





1. ALFALFA

Alfalfa tiada dalam set hamil tetapi ada dalam set menyusu. Alfalfa menjadi penggalak susu semula jadi yang hebat, alfalfa juga menawarkan pelbagai manfaat seperti:

  • Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat.
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
  • Seratnya membantu mengawalatur pembuangan air besar, selepas bersalin.


2. PROTEIN

Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda. Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Protein membantu untuk:

  • Memberikan tenaga berpanjangan.
  • Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.


3. KALSIUM

Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk: 

  • Mengembalikan kepadatan tulang ibu danmengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak. 
  • Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.


4. ASID LEMAK OMEGA-3

Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:

  • Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.
  • Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.


5. VITAMIN C

Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk: 

  • Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi.



6. VITAMIN B

Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, maka amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk: 

  • Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.
  • Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.


7. MULTIVITAMIN + ZAT BESI

Anda memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:

  • Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokong pertumbuhan bayi.
  • Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.


Kesimpulannya


Bagi ana setiap ibu perlu ambil vitamin untuk jadi sihat dan aktif. Untuk melakukan tugas kita sebagai isteri dan ibu, kita tak punya banyak masa. Bila Kita aktif, cergas, Kita lebih produktif dan efficient untuk lakukan pelbagai tugas samaada di pejabat jika bekerja, berbisnes dan di rumah. Masa yang ada boleh diluangkan dengan suami dan anak-anak.

Ana doakan anda dapat jadi Ibu yang produktif dan dipermudahkan urusan anda mengurus dan mendidik anak-anak. Diharapkan entry ana ini bermanfaat untuk anda. Moga dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com.


JIka anda berminat dengan Set Bersalin Menyusu Shaklee atau nak mula bisnes dengan Shaklee, boleh hubungi ana di 0179376047.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047