Thursday 17 November 2016

ANDA MALU MENJUAL?

                                

Teks: Nurfarhana Arsad
Carian: Google

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamu'alaikum wbt.

Apa khabar anda di sana?

Ana doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dipermudahkan Allah.

Hari ini ana nak berkongsi  berkenaan sifat malu untuk menjual kepada pelanggan.

Rasanya ramai yang ada perasaan macam ni. Kan? Termasuk Ana yang dulu. Haha.

 Malu adalah lumrah. Setiap insan perlu ada rasa malu. Betul tak?

Namun, malu yang tidak perlu ada adalah malu tidak bertempat. Contohnya, malu ketika menuntut ilmu dan malu untuk bertanya.

Pepatah ada mengatakan “malu bertnya, sesat jalan.”  Tetapi jangan pula tidak malu langsung ye.

Malu. Ana juga begitu. Kadang-kadang malu untuk menjual secara berdepan dengan pelanggan.

Malu menebal terasa dalam diri untuk memberitahu prospek kebaikan produk kita secara berhadapan. Padahal, kita nak berkongsi kebaikan produk kita dengan prospek yang memang memerlukan produk itu.

Takut-takut nanti ada yang kata  sikit-sikit ambil kesempatan nak jual. Ada ke anda yang pernah rasa macam Ana rasa ni?

Kadang kala terasa cemburu dengan mereka yang sangat yakin mempromosikan produk mereka demi untuk menarik pelanggan.

Biasanya boleh dilihat di kaki lima pusat beli-belah ada penjual yang betul-betul bersemangat bercerita tentang produk mereka kepada prospek iaitu bakal pelanggan mereka.

Kita pula apabila mahu mempromosikan produk kita, mesti kita terfikir “macam mana nak jual kat pelanggan ni. Nanti pelanggan tak nak beli, macam mana”.

Sebenarnya semua itu adalah pemikiran negatif dalam minda kita. Pelanggan tidak tahu pun apa yang kita fikirkan. Pelanggan pun tidak tahu betapa kita tak berkeyakinan.

CARA BUANG RASA MALU

Malu yang ditambah dengan pemikiran negatif, sebenarnya perlu diubah. Antaranya dengan ubah fikiran, ubah rasa ke arah positif.

Ini antara pesanan yang Ana peroleh dari sebuah buku Dr Azizan Osman. 

malu, pemalu, malu nak jual

Selain itu, tambah ilmu untuk menambah keyakinan ketika menjual. Sekiranya keyakinan diri kita bertambah, sifat terlalu malu ketika menjual akan berkurangan.

Betul ni, sekiranya anda amalkan, Inshaa Allah, sifat malu untuk menjual itu akan berkurangan dan hilang.

Tapi untuk orang-orang yang pemalu, anda jangan terlalu risau ye. Sementara anda merubah sifat pemalu anda, anda masih boleh berbisnes.

Gunalah medium perniagaan online yang dihujung jari sahaja. Anda tidak perlu berhadapan atau berjumpa dengan pelanggan pun untuk menjual.

Yang penting anda ada gajet seperti laptop dan telefon pintar untuk berhubung dengan pelanggan. Yang kedua wifi atau sambungan internet.

Syukurlah, dengan adanya medium perniagaan online sebagai alternatif bagi mereka-mereka yang pemalu seperti ana. Haha.

Terima kasih kerana membaca Anda malu Menjual?


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047