Assalamualaikum. Apa
khabar anda di sana? Ana doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat
sejahtera bersama keluarga tersayang.
Pernah ke anda dengar tentang memberi
untuk menerima dan The more you Give, The more You get back? Istilah ini
bermaksud semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang kita terima. Macam
mana tu ye.?
MEMBERI UNTUK MENERIMA LEBIH BANYAK LAGI
![]() |
Memberi untuk menerima banyak lagi. |
Sebagai
seorang islam, Ana percaya apa yang kita beri, kita akan dapat dengan lebih
banyak. Contohnya, kita bersedekah. Apa yang kita sedekahkan, akan dibalas
Allah dengan rezeki yang melimpah ruah. Itu adalah janji Allah sebagai tanda
kita bersyukur atas nikmatnya.
Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmatKu padamu dan jika kamu
mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih.
-surah
Ibrahim, ayat 7
Selain
itu, percaya atau tidak,semakin banyak anda memberi, semakin cepat dan mudah
anda mencapai impian-ampian anda. Contohnya, kita membantu memudahkan orang
lain, inshaa Allah, ada orang lain pula yang akan menolong memudahkan urusan
kita. Jadi, apa-apa yang kita nak, lagi cepat dicapai. Ye tak?
MEMBERI
UNTUK MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN
Dengan memberi, kita juga dapat
menambah nilai hidup orang lain. Mungkin bagi kita, sesuatu itu tidak terlalu
penting. Namun bagi orang lain, sesuatu yang kita beri itu sangatlah berharga.
Contohnya, sesuap nasi sangatlah membantu seseorang yang sudah berhari-hari
tidak makan. Maka,makanan yang kita sumbangkan itu, sangatlah dihargai oleh
mereka yang memerlukan.
Pemberian yang kita boleh beri
bukanlah terhad kepada makanan atau harta sahaja. Servis dan perkhidmatan juga
merupakan antara bantuan yang boleh kita berikan. Contohnya menolong membaiki
kenderaan jiran yang mengalami kerosakan kereta.
![]() |
Hidup sentiasa menambah nilai hidup orang lain- pesan Dr Azizan Osman |
Perkongsian
ilmu juga merupakan salah satu konsep memberi. Blog ini juga menjadi medium
untuk Ana berkongsi ilmu. Ana harap apa yang ana kongsikan dapat membantu orang
lain yang masih tidak tahu apa yang telah Ana ketahui. Diharapkan dapatlah
membantu anda dan mereka-mereka yang memerlukan.
MEMBERI, MEMBERI
DAN MEMBERI
Jom
kita jadi seorang yg Pemberi. Kita beri apa yang kita mampu beri. Contohnya
kongsikan ilmu yang kita belajar dan peroleh dari orang lain.
Sekurang-kurangnya kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga
ia menjadi pencen kubur kita juga.
![]() |
Memberi Seadanya |
Inshaa Allah Ana akan terus
memberi,memberi dan memberi melalui perkongsian melalui blog ini. Sama ada dari
segi perkongsian ilmu kesihatan, tips, bisnes, pengalaman dan sebagainya. Sebagai seorang SID shaklee, Ana juga akan berusaha membantu
lebih ramai lagi mendapat tahap kesihatan yang lebih baik dan tahap kewangan
yang lebih baik dengan bisnes Shaklee. Inshaa Allah.
Terima kasih
kerana membaca Memberi Untuk Menerima ( The more you
Give, The more You get back).
No comments:
Post a Comment