Tuesday 8 November 2016

21 Amalan Semasa Hamil Untuk Mendapatkan Anak Bijak Dan Mendengar Kata



Teks: Nurfarhana Arsad


Assalamualaikum. Ana doakan semuanya sihat-sihat saja.

Setiap ibu ayah mesti mahukan seorang anak soleh solehah yang mendengar kata mereka. Syukur Alhamdulillah jika anak-anak kita mendengar kata kita, patuh dan menghormati kita sebagai ibu bapa mereka.

Ibu ayah juga sangat beruntung sekiranya anak yang dilahirkan bijak semasa membesar dan dewasa. Berita baik untuk ibu ayah, kebijaksanaan anak boleh dibina sejak dalam kandungan lagi.

Semuanya bermula saat kita sebagai ibu, mengandungkan mereka. Oleh itu, untuk mendapatkan anak yang bijak dan mendengar kata, ibu ayah perlulah mengamalkan beberapa amalan yang baik semasa si ibu sedang hamil.

Di sini ana ada kongsikan 21 Amalan Semasa Hamil Untuk Mendapatkan Anak Bijak Dan Mendengar Kata . Jemput baca ye.


Amalan Semasa Hamil:

  1. Ibu ayah perlulah menjaga solat 5 waktu bagi melahirkan anak yang berdisiplin dan mudah mendapat hidayah Allah.
  2. Ibu ayah perlu memperbanyakkan solat sunat seperti solat sunat taubat, hajat dan tahajjud.
  3. Ibu ayah juga perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran. Terdapat banyak surah-surah yang elok diamalkan semasa hamil seperti surah Maryam. Namun, apa-apa juga surah di dalam Al-Quran boleh dibaca kerana semua surah mengandungi hikmah tersendiri..
  4. Ibu ayah juga perlu rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Secara tidak langsung, anak di dalam kandungan turut mendengar dan terdedah kepada ilmu-ilmu yang baik.
  5. Sentiasa bertaubat, beristighfar dan berdoa kepada Allah.
  6. Banyakkan berzikir kepada Allah. Ini untuk melahirkan anak yang kuat jiwanya, akal dan fizikalnya.
  7. Jaga pemakanan. Amalkan pengambilan makanan berkhasiat dan makanan sunnah seperti kurma, kismis, air Zamzam, kacang pistachios dan lain-lain.
  8. Kawal emosi dan akhlak.  Elakkan bergaduh dengan pasangan bagi mengelakkan anak yang ganas dan panas baran.
  9. Memperbanyakakan  sedekah bagi mendapatkan anak yang pemurah dan berjiwa lembut.
  10. Memperbanyakkan doa kepada Allah agar diberikan anak yang soleh solehah , bijak, mendengar kata dan menjadi penyejuk hati ibu ayah.
  11. Mengelakkan mengidam benda yang pelik-pelik kerana ia mencerminkan sikap anak di dalam kandungan itu sendiri.
  12. Rajin berpuasa sunat. Contohnya puasa sunat Isnin dan  Khamis. Sekiranya si ibu tidak mampu, si ayah lah yang berpuasa sunat.
  13. Sentiasa bersangka baik, menjaga tutur kata dan  elakkan perasaan dendam dan dengki. Apa-apa perbuatan ibu yang negatif boleh terbawa-bawa kepada si anak.
  14. Rajin melakukan kerja-kerja rumah untuk  membantu proses bersalin nanti. Kerja-kerja rumah yang ibu lakukan boleh menguatkan otot-otot rahim, peha dan lain-lain yang akan memudahkan proses bersalin.
  15. Mengelak terhidu udara dan bahan tercemar kerana berbahaya untuk diri dan bayi dalam kandungan. Bahan tercemar seperti benzene d dalam minyak petrol, boleh merosakkkan sel saraf otak bayi.
  16. Ibu ayah perlu banyakkan berbual dengan anak dalam kandungan sambil mengusap-usap perut. Ini akan merangsang perkembangan emosi dan otak anak. Lebih-lebih lagi di trimester ketiga, kerana ketika ini perkembangan otak dan emosi anak cepat meningkat.
  17. Memperbanyak latihan matematik untuk merangsang minda anak dalam kandungan.
  18. Membaca surah-surah amalan ketika hamil. Contohnya surah Maryam, Yusof dan Luqman.
  19. Ibu perlu mengamalkan pemakanan vitamin atau makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi ibu hamil dan anak dalam kandungan.  Contohnya vitamin C untuk meningkatkan antibodi ibu dan anak serta omega untuk meningkatkan IQ anak di dalam kandungan.
  20. Jangan mengeluh dan stress ketika menghadapi apa-apa masalah ketika hamil. Stress yang dia alami si ibu boleh memberi kesan kepada anak di dalam kandungan.
  21. Ibu ayah juga perlu mengamalkan doa-doa ketika si ibu sedang hamil.

Oleh itu, sekiranya anda betul-betul mahukan anak bijak dan mendengar kata, amalkanlah amalan di atas. Apa-apa pun bijak atau tidak anak yang lahir, semuanya ketentuan Allah. Yang penting kita berusaha ye tak.

Ni Ana nak tambah, sekiranya anda ibu-ibu mengalami masalah alahan semasa hamil, Hb rendah ke,  lesu ke, stress ke, kencing manis semasa hamil ke, sembelit semasa hamil atau lain-lain masalah ketika hamil, boleh cuba dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee dari Ana.

Sila hubungi Ana di 017-9376047.  Ana akan beri consultation atau bimbingan cara pengambilan vitamin yang betul agar kesihatan dan kecergasan anda dapat dikembalikan seperti sebelum hamil. Inshaa Allah.

Semoga artikel di atas dapat memberi manfaat kepada anda ibu ayah yang mahukan anak bijak dan mendengar kata. Ana doakan anda memperoleh anak bijak, mendengar kata yang menjadi penyejuk hati anda.

Terima kasih kerana membaca 21 Amalan Semasa Hamil Untuk Mendapatkan Anak Bijak Dan Mendengar Kata


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047