Sunday 6 November 2016

5 Tips Berat Terkawal Semasa Hamil

5 Tips Berat Terkawal Semasa Hamil
Assalamualaikum. Ana doakan and semua sihat ceria hari ini.
Bila kita hamil, perkara yang paling tak dapat dielakkan adalah makan. Kalau masa mual dan loya, memang tak selera sangat nak makan. Tapi bila loya dan mual hilang, mula lah selera makan datang. Setiap masa terasa lapar dan ada saje makanan yang ingin dimakan. Makan pulak banyak. Kononnya makan untuk dua orang.
Ana pun macam tu juga. Asyik nak makan sahaja. Bertambah-tambah kalau makan. Bila kita ikutkan rasa nak makan tu, mulalahlah gelabah bilasehari dua nak check-up, risau berat naik. Risau nanti kena marah dengan nurse dan doktor. Haha. Anda macam tu jugak ke?
Masa ngah loya, Ana muntah teruk sehingga turun 4kg dalam sebulan. Sejak mual dan loya hilang , Ana berselera sangat dengan makanan. Pernah tu naik 2kg dalam masa 2 minggu. Tapi Alhamdulillah berat masih terkawal hingga di minggu akhir kehamilan. Jadi Ana nak kongsi dengan anda 5 tips Berat Terkawal Semasa Hamil.
·      Bersenam.
o   Walau hamil, ibu masih boleh aktif dengan melakukan senaman yang sesuai dilakukan ibu hamil. Senaman dapat mengawal pertambahan berat disamping membakar kalori.
·      Minum air secukupnya.
o   Jumlah air yang diperlukan oleh kita adalah 8-12 gelas air setiap hari. Air yang cukup membantu sistem badan berfungsi dengan baik.
·      Pemakanan Seimbang dan berkhasiat.
o   Selera makan yang tinggi biasanya disebabkan badan kekurangan nutrient. Oleh itu, pemakanan seimbang dan berkhasiat dapat membekalkan nutien secukupnya dan membantu ibu mengurangkan ketagihan terhadap makanan.
·      Makan dengan kerap tapi dengan hidangan yang sedikit.
o   Makan dengan kerap membantu, ibu tidak terlalu lapar sementara menanti waktu makn seterusnya. Terlalu lapar menyebabkan ibu makan dengan lebih banyak.
·      Mengambil suplemen tambahan.
o   Suplemen seperti di dalam set kehamilan Shaklee membantu mencukupkan vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil. Secara idak langsung mengawal berat ibu hamil.
Kalau boleh, kawal la berat badan kita sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan. Terlebih berat badan boleh memberi kesan kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan seperti kencing manis yang menyebabkan ibu perlu bersalin awal,bayi besar sehingga ibu perlu dibedah dan sebagainya.
Sekiranya anda menghadapi masalah berat badan semasa hamil, boleh dapatkan set kehamilan Shaklee yang sesuai untuk anda. Masalah-masalah lain semasa hamil juga boleh cuba set kehamilan Shaklee. Inshaa Allah Ana cuba bantu anda.
Terima kasih kerana membaca 5 Tips Berat Terkawal Semasa Hamil.


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047