Friday 25 November 2016

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki Perlu Diamalkan

Rezeki, murah rezeki, pintu rezeki, petua murah rezeki, tips murah rezeki, amalan murah rezeki


Teks: Nurfarhana Arsad


Assalamualaikum.


Apa khabar anda di Sana?


Ana  mendoakan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tersayang.


Hari ini ana nak berkongsi tentang 7 zikir pembuka pintu rezeki perlu diamalkan.


Bagi Ana, zikir-zikir di bawah adalah sangat elok untuk kita amalkan. Zikir-zikir ini adalah antara yang diamakan oleh ulama dan pakar agama.


Inshaa Allah akan dimurahkan rezeki oleh Allah jika diamalkan. Yang penting kita usaha ye tak?


Tapi ana tak ingat di mana Ana dapat sumber  zikir ni. Semoga penulis asal mendapat pahala berpanjangan atas perkongsian zikir beliau  kepada kita ini.


Ini adalah 7 zikir pembuka pintu rezeki.


1. Memperbanyak Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan  La hawla Wala Quwwata Illabillah (HR. At- Tabrani)


2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin 

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi KEAMANAN DARI KEFAKIRAN dan menjadi PENENTERAM DARI RASA TAKUT DALAM KUBUR (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .


Dari setiap Kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang PAHALA TASBIHNYA ITU DIBERIKAN UNTUKMU.(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad Da’awat).


4. Membaca Surat Al-IKHLAS

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan MENGHILANGKAN KEFAKIRAN DARI PENGHUNI RUMAH DAN TETANGGANYA (HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH 


Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam, maka TIDAK AKAN DITIMPA KESEMPITAN HIDUP (HR. Al-Baihaqi dalamSyu’ab Al-Iman).


6. Memperbanyak Selawat Ke Atas Nabi 


Dari Umar bin Khatab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka ALLAH AKAN MEMBALAS SEPULUH KALI SELAWAT dan MENGANGKATNYA SEPULUH DARJAT.( Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).


7. Melazimkan Beristighfar 

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan memberikan Rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Ana harap kita dapatlah sama-sama amalkan 7 zikir pembuka pintu rezeki. Semoga Allah memberi kita rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.


Terima kasih kerana membaca 7 zikir pembuka pintu rezeki perlu diamalkan.


Wassalam.



No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047