Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt.
Untuk
kita berjaya, kita perlu baca kisah kejayaan orang lain. Kisah bagaimana mereka
MENGUBAH HIDUP MEREKA MENJADI SEORANG YANG BERJAYA.
Untuk
motivasi hari ini, Ana nak berkongsi tentang KISAH INSPIRASI KAK NORA. Seorang
pelajar sifufbads yang telah mencapai kejayaaan dalam bisnes.
Kak Nora menceritakan bagaimana
jatuh bangunnya dalam bisnes, bagaimana beliau bertukar bisnes.
Dan yang paling menyedihkan
adalah habis kenderaan, barang-barang kesayangan beliau dan suami dijual untuk
menampung sara hidup dan mengembangkan bisnes beliau.
Sehinggalah beliau keluar dari
zon selesa dengan menceburkan diri dalam bisnes online dan akhirnya berjaya.
Kisah Kak Nora ini sangat
memberi inspirasi kepada Ana untuk berjaya sepertinya. Ini adalah tulisan
beliau sendiri. Jom kita baca kisah beliau. Semoga anda juga terinspirasi.
“Abes Semua Barang Suami Saya
Jual! Kami Terdesak Sangat!”
Assalamualaikum
semua.. Sebelum kak Nora story perjalanan harian kak Nora yg dulu hingga
sekarang, Kak Nora kenalkan pada kawan-kawan nama penuh Kak Nora Che Aznora bt
Baharom, berumur 31 tahun sudah berkahwin dan mempunyai 2 org puteri. Kisah
serba sedikit kak Nora coretkan kat sini moga mendapat inspirasi pada kawan
semua. Dari bangku sekolah Kak Nora minat niaga, Kak nora ni kelulusan SPM je ,
belajar tak pandai duduk kelas pun sastera & ekonomi , lepas je SPM kak Nora
kerja sebagai sales girl kedai telefon, dlm 4tahun kerja kedai telefon , baru
ada rezeki buat loan MARA time tu kak Nora umur 21 tahun kak Nora
berjinak-jinak buka kedai telefon sendiri di MYDIN MALL Kuala Trg, ”
“siapa
orang TERENGGANU mesti pernah tengok kedai tel kak NORA depan my mart “NORA
COMMUNICATION” time tu kak Nora hentam je niaga jual tel dari pengalaman kerja
4tahun .dari 1 kedai tel buka lagi 2 cawangan kedai tel dan TOYS . time tu
remaja niaga sendiri tanpa tunjuk ajar macam mana nak manage niaga . Niaga
dekat 3tahun lepas tu TUTUP. berpindah plak ke KL dengan suami niaga pulak kat
UPTOWN DANAU KOTA tahun 2009 Kat uptown time tu kak Nora jual seluar jeans
perempuan , gigih betul niaga pergi china ngn suami collect stok tiap-tiap
bulan. dari 1 kedai hingga 2 kedai niaga kat danau memang best sangat . cuma
masa bertukar mlm niaga siang tido. Kat danau paling best niaga pada bulan
puasa tapi disebabkan niaga tanpa mentor tanpa asas niaga pun x lama jugak.
Tutup jugak niaga kat Danau Kota..”
“Tahun
2012 bulan 3 Kak Nora bincang dengan suami nampak nya niaga ni bukan bidang
kita. Kita kena kerja ngan orang. Tapi suami kak Nora tak setuju dia bg tau Kak
Nora, yg Kak nora memang kena niaga sebab dia tau Kak Nora minat niaga dan
naluri Kak Nora jenis suka berusaha hingga berjaya. . Suami bagi cadangan, kita
balik kampung duduk di kampung kita mula dari bawah, kita buang ego kita
jauh-jauh kita mula dari ZERO .Nangis Kak Nora time tu, tak nak pulang ke
Kampung sebab dah biasa hidup dalam bisnes kat kampung apa yang kak Nora boleh
buat? suami bagi semangat lagi pada Kak Nora . Ingat pada 1 pepatah.
“Ulat
dalam batu pun boleh hidup” inikan kita yg ada tulang 4 kerat dan sempurna.
Yang beza hanya kehidupan di kota dan kampung. Tahun 2012 tahun kak nora “down”
time tu kak Nora baru lepas bersalin balik ke kampung dengan penuh kesedihan
balik tanpa harta tanpa modal duit lepas-lepas makan. Tahun tu kak Nora ada 2
biji kereta dan 1 van niaga . Time tu jugak kak Nora tak mampu nak tanggung kos
bulanan kereta dan van . Suami bagi idea utk lepaskan kereta tu untuk elak kan
bebanan bulanan dengan keadaan tiada pendapatan tetap . Terpaksa Kak Nora
serahkan kereta Honda kesayangan kak Nora bagi org sambung bayar dan van niaga
yang baru 1 tahun guna pun terpaksa bagi org sambung bayar. Yang tinggal hanya
“BABY BLACK myvi kesayangan Kak Nora . Time tu betapa sedih Kak Nora dan suami
tanggung hanya ALLAH yang tahu betul-betul menguji kesabaran hubungan suami
isteri. Time tu anak kak Nora yang bongsu berumur 3bulan..”
“Terlalu
perit tahun 2012 time Kak Nora niaga di danau kota boleh dikatakan tak pernah
missed kak Nora bantu suami niaga walau keadaan sarat mengandung. Start niaga
kul 7petang – 4 pagi didanau kota dan jika hari Ahad sambung plak ke pasar
Karat @ pasar pagi di Shah Alam start kul 6- kul 2 ptg . Dalam keadaan menunggu
hari bersalin. Keadaan yang sangat mencabar Kak Nora bersengkang mata dan
berpanas . Liku-liku kehidupan memberi pedoman pada kak Nora disaat kejatuhan
Allah tunjukan pd kak nora siapa kawan, siapa lawan dan siapa keluarga. .
pulang ke kampung dengan poket kosong modal x ada memang niat nak mula hidup
baru nak keja ngn org. Keja lah sales girl pasar raya pun tak pe , janji boleh
tanggung anak nak masuk tadika time tu. Anak sulong 5 tahun Ank yang bongsu
baru 3 bulan. Suami pun berjinak-jinak mintak kerja biasa-biasa. Keperitan time
tu memang sangat menguji 1001 dugaan rumahtangga..”
“Tapi
berkat kesabaran dlm jiwa Kak Nora sanggup mula dari zero menanam cita-cita
tinggi pasang angan-angan yg tinggi selalu sembang kosong ngn suami , Kak nora
selalu cakap, kononya kak Nora akan buktikan pada semua org yg lupa kawan ,
lupa darah daging yang buang Kak Nora dan suami time kejatuhan suatu hari akan
berpaling tadah bila kak Nora berjaya. Seingat Kak Nora 1 april 2012 suami call
bagitau kawan dia offer kak Nora join dropship jual produk online. Mula-mula tu
kak nora tak nak sebab tak tau basic apa yg nk jawab bila custumer tanya, mcm
mana cara nak jual mcm mana cara nk pos barang, tapi disebabkan kesempitan wang
kak nora cuba belajar berjinak-jinak niaga ONLINE . Time tu Kak Nora buta IT,
telefon pun pakai telefon Nokia yang ada lampu suluh kat atas. Kak Nora bincang
ngn suami nk niaga ONLINE macam mana tel bukan ada internet , wasap , wechat @
facebook. kita skrg kais pagi makan pagi je mana mampu nak beli telefon
canggih. Nak renew roadtax keta pun masih lagi berjimat cermat kumpul duit.
Suami time tu sanggup jual jam kesayangan dia utk belikan Kak Nora telefon
lebih kurang TAB yg budak- budak main games buatan china. Walaupun tel tu
buatan China memang rem utk internet slow tapi tak mematahkan semangat Kak Nora
berusaha berjinak-jinak guna dan belajar niaga ONLINE…”
“Mana
tau suatu hari Kak Nora boleh beli telefon baru hasil niaga online
kecil-kecilan ni. Kak nora selalu pasang angan-angan , untuk sedapkan hati dan
kuatkan semangat . time tu Kak Nora jual barang-barang make up lipstik ,
eyeshadow, ubat kurus , berus make up , sabun badan , lotion putih kulit ,
kosmetik , bedak tanaka, bedak arab. Semua tu kak Nora jual modal time tu kak
nora korek duit tabung anak . Ada dlm rm 170. cuba jadi dropship seller yang
tegar ONLINE untuk bantu jualan harian . lebih kurang 7 bulan kak Nora niaga
barang-barang pasar malam jual kat ONLINE. siang malam Kak Nora ngn suami bergilir
jawab wasap . Jika Kak Nora tido , suami reply wasap bersengkang mata bergilir
jawab wasap demi sesuap nasi time tu, berniaga time tu hanya bergantung pada
group facebook nak harap jual kat friend fb time tu friends pun ada 100 org
lebih . Sehari tu kadang tak ada sales tak ada parcel . Kadang seminggu ada 2
sales tu pun dah bersyukur boleh buat duit belanja. Sebab modal tak ada macam
mana nak niaga besar-besaran niaga apa yang ada shj. Dan time tu jugak lah Kak
Nora mohon duit BRIM. Kak nora buat rayuan dekat pejabat LHDN untuk mohon duit
BRIM. Sedih time tu ALLAH sahaja yang tahu dengan anak yg masih kecil ke hulu
ke hilir Kak Nora bawak disebabkan proses permohonan duit BRIM kak Nora di
tolak selepas pihak berkenaan check kak Nora ada memiliki kenderaan bernilai rm
150k ke atas. Sedangkan time tu kak Nora dah bagi orang sambung bayar. Tapi
tetap ada dalam sistem . Di minta pulak Kak Nora surat-surat perjanjian dan
mahkamah. di saat kesusahan tu ada hamba ALLAH bantu kak Nora buat permohonan
kali kedua berserta dengan surat yang di kehendaki memohon BRIM dengan
permohonan atas nama suami…”
“Akhirnya
rezeki kak Nora dapat duit BRIM time tu rm 500 . Kak nora berbesar hati
bagaikan dapat 50 ribu duit nak mula niaga. . Bermulalah episod Kak Nora niaga
dengan bermodalkan duit BRIM. Kak Nora jual barang-barang kosmetik online.
Makin banyak stok kak nora sebab dah ada duit BRIM , boleh buat tambah modal
sedia ada . Kak nora jual eyeshadow, foundation, lipstik, bedak, dan bermacam
barangan kosmetik. Pasti kawan- kawan facebook kak Nora pernah beli
barang-barang ni kan? Barang niaga kak nora dulu. dari sini lah bermulanya kak
nora mengenal erti ONLINE. Jualan setiap hari alhamdullilah memang membantu kak
nora mengubah nasib kehidupan yg penuh tangisan. selepas setahun kak nora niaga
online jual barang-barang kosmetik . Ada kak nora simpan duit jualan dan
asingkan modal supaya suatu hari kak nora ada “SAVING”. . Awal tahun 2013 kak
Nora berbincang dengan suami , kak nora bagitau dia yang kak nora ada SAVING. tak
banyak pun dalam bank time tu ada dalam 5 ribu. kak nora cakap nak buat produk
sendiri. Suami bagi tau dia tak halang kak Nora sebaliknya dia sokong dan tetap
dibelakang kak Nora. Terharu sangat kak Nora punya suami yang sanggup susah
senang bersama..”
“Kami
pun pergi ke Kilang kosmetik. berbincang dengan owner kilang. Kata owner
kilang, minimum oder 1000 box. Lebih kurang 20 ribu hingga 30 ribu utk
permulaan. putus harapan kak Nora untuk terus ke depan . dengan kecewa kak Nora
pulang ke rumah. balik je rumah bertukar fikiran macam mana nak dapatkan modal.
Suami kak nora tak pernah putus asa bagi idea. last sekali keputusan suami dia
nak jual motor ego dan kereta kancil yg dia tinggal kat kampung ,terkejut kak
Nora dengar keputusan dia. memang tak sanggup sebenarnya kak nora nak terima
semua tu, tapi dah tak ada jln lain lagi untuk bantu kak nora . Sedih sangat
time tu suami jual motor , kasut kesayangan , kereta kancil , cincin kesayangan
demi bantu kak nora. kak nora pun berusaha pinjam dengan pak saudara kak nora
biarpun x banyak utk cukupkan modal. Alhamdullilah ALLAH bantu kak Nora.
Akhirnya kak nora berjaya keluarkan 1 produk pertama kak nora iaitu “SOB
SKINCARE” atau nama panjang “Secret Of Beauty Skincare”. ya Allah bersyukur
sangat kak Nora time tu ALLAH permudahkan segala urusan kak nora. Dalam fikiran
kak Nora tak pernah fikir ada ke orang nak guna produk kak nora yang tak famous
ni? Cuma dalam fikiran kak nora hanya fikir nak majukan produk “SOB “nak ganti
balik apa yang dah terjual dan kak nora pinjam. Bermulalah kehidupan Kak Nora
sebagai pengasas produk. Walau time tu dah ada ramai pengguna , agent, dan
stokis. Tapi tetap kak nora usaha join event utk kenalkan “SOB”.
“Rezeki
ALLAH luas diuji dan digantikan dengan berlipat kali ganda. Tahun 2014 niaga
kak nora pun mula dikenali. Duit pun time tu dah mula ada sikit-sikit kat akaun
“SAVING”. Kereta yang dulu kak nora bagi sambung bayar pun dah boleh tebus
balik. dan bermula lah pemasaran melalui radio, majalah dan iklan2 utk
marketing SOB. . Tapi time tu tak ada MENTOR tak ada orang GUIDE kak nora
niaga. 2 tahun niaga ONLINE jual produk sendiri dengan cara sendiri masih tahap
yang sama. Sehinggalah rasa nak cari jalan nak maju kan lagi niaga. Kak nora
bayar orang marketing. Kononya kak nora berfikiran pendek mungkin orang berjaya
pakai org marketing sebab tu dia berjaya. Sampai 3 bulan dengan servis
marketing tu sales niaga sama tak ada beza . Kak nora cari lagi idea macam mana
nak ke depan. Hinggalah kak Nora join Seminar Sifu dlu..”
“Selepas
dari seminar Sifufbads. Suami kak Nora bagi 1 cadangan pada kak Nora supaya kak
Nora majukan niaga ni dengan ada nya “MENTOR” suami kak nora tulang belakang
Kak Nora . Disini lah kak nora ubah hidup Kak Nora dari ZERO to SUPERHERO.
Disini juga kak nora kuatkan semangat jangan cepat mengalah buat apa yang sifu
ajar, pegang 1 caption yg sifu selalu ucapkan
“BUAT
SAMPAI JADI!”
“Bermula
lah kehidupan Kak Nora buat sendiri marketing dengan ada nya MENTOR dan tunjuk
ajar mengendalikan marketing. Bermulalah kak nora sebagai ulat buku selalu kaji
buku-buku yang kak nora belajar di seminar2.. Memang tak pernah kak nora fikir
langkah kaki kanan kak Nora ke academy sifufbads mengubah hidup kak Nora 360
darjah. sales jualan meningkat hingga ke 300k sebulan..”
“Syukur
ke hadrat ALLAH memberiku langkah utk bertemu dgn Sifu JAMAL, alhamdulillah
berkat kesabaran kak Nora dan suami membuahkan hasil. Jutaan terima kasih pada
sifu JAMAL diatas ELMU dan tunjuk ajar. Moga ALLAH membalas jasa baik sifu
JAMAL dan semua crew sifufbads di atas tunjuk ajar membantu kak Nora mulakan
marketing SOB lebih luas.”
“walaupun
tak sehebat jutawan kosmetik lain tapi kak nora bersyukur kehadrat ALLAH
mengubah nasib Kak Nora sekarang. Alhamdullilah agent , stokis, produk SOB ada
diseluruh Malaysia,Singapore dan Brunei. Alhamdullilah selepas botcamp selama
5hari di sifufbads , balik dari kelas tu kak nora cuba perbaiki marketing iklan
kak Nora. Alhamdullilah bulan JUN-JULY kak nora capai target jualan yang
sebelum ni belum pernah capai. Dan sekarang alhamdullilah reward utk diri
sendiri selama ini bertungkus lumus dapat beli kereta idaman “BABY WHITE” bukan
kak nora nak riak atau bangga sebaliknya kak nora coretkan story ni buat kita
semua bersemangat untuk berusaha dan maju in sya allah ..”
“Mengalir air mata
disaat mengecapi kejayaan, akan mengimbau kesusahan yang pernah kita lalui.
Begitu lah coretan serba sedikit dari kak nora buat kawan semua, jangan pernah
kita lemah dalam meniti hari- hari dan dugaan. Sebaliknya kita berusaha,
tawakal dan doa. Hanya kita mampu ubah hidup kita dan majukan bidang kita
ceburi. Moga coretan ini menjadi contoh dan tauladan buat kita semua.”
“Hanya kita mampu mengubah bidang marketing yg
kita ceburi, kita perlu tanam sikat BUAT SAMPAI JADI ! Jangan pernah putus asa,
belajar dan cari lah MENTOR untuk sedut ELMU. Sifu bantu kita semua kita harus
meneraju dengan sebaik mungkin. Jangan pernah putus asa dengan kegagalan yg
lepas. Jika kita dilandasan yg betul dan MENTOR yg betul kita pasti kecapi
KEJAYAAN . Insyallah dengan usaha dan doa kita pasti berjaya.”
Bagaimana? Terinspirasi?
Semoga kisah beliau menjadi inspirasi untuk
kita. Ana harap anda juga jadikan kisah kak Nora sebagai pembakar semangat
untuk berjaya dalam bisnes.
Terima
kasih kerana membaca KISAH INSPIRASI KAK NORA PELAJAR SIFUFBADS.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment