Teks:
Nurfarhana Arsad
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum wbt.
Hari ini Ana nak berkongsi berkenaan Amalan Murah Rezeki Ustaz Yusof Mansur .
Amalan murah rezeki ini adalah daripada seorang ustaz
dari Indonesia, Ustaz Yusof Mansur. Ada tak antara anda yang mengenalinya?
![]() |
Ustaz Yusof Mansur |
Beliau merupakan seorang pemimpin di pesantren Daarul
Quran di Indonesia. Beliau banyak memberi ceramah-ceramah di seluruh Indonesia.
Beliau juga banyak memberi jaminan murah rezeki kepada mereka-mereka yang mengamalkan
sedekah.
Ana sering mengikuti rakaman ceramah beliau di
youtube. Di dalam ceramah-ceramah beliau, beliau banyak menekankan konsep
bersedekah. Malah, menekankan konsep kebergantungan kepada Allah dengan meminta
kepada Allah apa-apa sahaja yang kita mahukan.
Berbalik
kepada amalan murah rezeki yang dikongsi beliau ialah:
- Solat Awal Waktu
- Membaca Surah Al-Waqiah Selepas
Solat Subuh Dan Asar
- Mengamalkan Surah
Al-Waqiah,Al-Rahman, Al-Mulk Dan Yassin Setiap Hari
- Memperbanyakkan Sedekah
- Membaca 100 Kali Selawat,
Istiqfar, Subhanallahi Wa Bihamdihi Dan La Ilaha Illallah.
- Membaca Ya Fattah, Ya Razaq 11 atau 3 Kali
Setiap Lepas Solat.
Mari kita cuba ikuti amalan-amalan ini. Peringatan ini
untuk diri Ana juga. Inshaa Allah, Allah akan murahkan rezeki untuk kita.
Terima kasih kerana membaca Amalan Murah rezeki Ustaz Yusof Mansur
No comments:
Post a Comment